- MAKSUD : Nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.
- Mengikut sejarah, "pecahan" merujuk kepada sebarang nombor yang tidak mewakili keseluruhan.
- Nombor yang kini dipanggil "perpuluhan", asalnya dikenali sebagai "pecahan perpuluhan"
- Nombor yang kini dipanggil "pecahan", asalnya dikenali sebagai "pecahan kasar".
- "kasar" (vulgar) bermaksud "biasa" (commonplace).
- Digunakan apabila penyebutnya kecil.
- Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut.
BENTUK PECAHAN
(a) (i)Pecahan Biasa
- Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu integer (pengangka) yang dibahagikan dengan satu integer bukan sifar (penyebut)
(ii) Pecahan Wajar
- Pecahan kasar akan menjadi pecahan wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah kurang dari nilai mutlak penyebut; yang menjadikan nilai mutlak keseluruhan pecahan kurang daripada 1.
(iii) Pecahan Tak Wajar
- Pecahan kasar akan menjadi pecahan tak wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut (Contoh: 8⁄5)
(b) Nombor Bercampur
- Campuran nombor bulat dan pecahan wajar.
- Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+".
- Contoh:
- Satu pecahan tak wajar boleh digunakan untuk menyatakan satu nombor bercampur.
- Contoh: boleh ditulis sebagai .
(i) Nombor bercampur boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dalam tiga langkah:
- Darabkan nombor bulat dengan penyebut pecahan.
- Tambah pengangka pecahan pada hasil darab di atas.
- Hasil tambah langkah 2 adalah pengangka untuk pecahan (tak wajar) baru, dengan penyebut 'baru' nya kekal sama dengan penyebut untuk pecahan asal nombor bercampur.
(ii) Pecahan tak wajar juga boleh ditukar menjadi nombor bercampur:
- Bahagikan pengangka dengan penyebut.
- Hasil bahagi (tanpa baki) menjadi nombor bulat manakala bakinya menjadi pengangka untuk pecahan.
- Penyebut baru untuk pecahannya adalah sama dengan pecahan tak wajar yang asal.
(c) Pecahan Setara
- Dengan mendarab pengangka dan penyebut sesuatu pecahan dengan nombor yang sama (bukan sifar), hasil pecahan yang baru adalah setara dengan pecahan asal.
- Perkataan setara bermaksud kedua-dua pecahan memiliki nilai yang sama yang mengekalkan integriti yang sama - Perimbangan dan perkadaran yang sama.
- Contohnya, untuk pecahan : apabila kedua-dua pengangka dan penyebut didarab dengan 2, hasilnya adalah , yang memiliki nilai yang sama (0.5) dengan .
- Membahagikan pengangka dan penyebut dengan nombor (bukan sifar) yang sama juga menghasilkan pecahan setara.
- Ia dikenali sebagai mengurangkan atau memudahkan pecahan.
- Satu pecahan yang pengangka dan penyebutnya tidak mempunyai faktor yang sama (selain 1) dianggap tidak boleh dimudahkan dan berada dalam bentuk termudah atau sebutan terendah.
- Contoh bukanlah satu pecahan termudah kerana 3 dan 9 mempunyai faktor yang sama iaitu 3. Sebaliknya, ialah pecahan termudah kerana satu-satunya faktor untuk 3 dan 8 ialah 1.
(d) Salingan dan "Penyebut Halimunan"
- Salingan sesuatu pecahan ialah pecahan dengan pengangka dan penyebutnya diterbalikkan.
- Contohnya, salingan untuk , ialah .
- Oleh kerana hasil bahagi sebarang nombor dengan 1 adalah sama dengan nombor itu, nombor bulat juga boleh ditulis dalam pecahan dengan menggunakan 1 sebagai penyebut: 17 = (kadang-kadang 1 dirujuk sebagai "penyebut halimunan").
- Kecuali untuk sifar, setiap pecahan atau nombor bulat memiliki satu salingan.
- Salingan untuk 17 ialah .
(e) Pecahan Kompleks
- Pecahan kompleks (atau pecahan majmuk) ialah pecahan yang pengangka atau penyebutnya mengandungi pecahan.
- Contohnya, dan merupakan pecahan kompleks.
- Untuk memudahkan satu pecahan kompleks, bahagikan pengangka dengan penyebut seperti dalam pecahan yang lain.
MENUKAR PECAHAN KEPADA PERATUSAN
- Untuk menukar pecahan kepada peratusan, pecahan tersebut perlu didarabkan dengan seratus peratus.
- Contoh: 1/4 x 100% = 25%
MENUKAR PECAHAN KEPADA PERPULUHAN
- Bagi menukar pecahan kepada perpuluhan, pengangka perlu dibahagikan dengan penyebut.
- Contoh: 1/4 = 1 ÷ 4 = 0.25
Pautan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pecahan
http://p4tkmatematika.org/downloads/sd/Pecahan.pdf
Video: